JENIS-JENIS KAMERA
Kamera Kompak / Pocket / Kamera Saku
v Popular bagi orang awam, sederhana dan mudah dioperasikan.
v Menggunakan film format 35mm.
v Murah, ukuran kecil, mudah dan ringan dibawa ke mana-mana.
v Terdapat peralatan asas kamera.
v Selalunya, satu lampu imbasan bina dalam dibekalkan dengan kamera.
v Mungkin terdapat meter dedahan automatik.
2. Kamera Kotak / Fokus Tetap [Instamatic]
v Terdiri daripada satu lensa ringkas, satu pengatup dan tuil penggerak filem pada satu kotak kedap cahaya ringkas.
v Sesuai untuk membuat snap-shots yang tidak menghiraukan mutu gambarfoto.
v Mempunyai fokus tetap, yakni objek yang berada lebih 2 meter dari kamera akan kelihatan jelas.
v Filem yang kerap digunakan bersama kamera ialah jenis 120, 127, Instamatic dan 110.
3. Kamera Rangefinder
v Kamera pemidang tilik digabungkan dengan pelaras fokus pada lensa.
v Alat rangefinder yang yang terdapat pada pemidang tilik dapat menentukan jarak fokus pada lensa kamera.
v Dengan memutar pelaras fokus pada lensa ke kiri dan ke kanan sambil melihat melalui pemidang tilik, jurugambar boleh memastikan sama ada objek di hadapan kamera itu kelihatan jelas atau kabur.
v Guna filem format 35mm.
v Sesuai untuk merakamkan bahagian-bahagian yang terperinci dengan lebih sempurna.
4. Kamera SLR [ Single Lens Reflex ]
v SLR berfungsi dengan satu lensa dan satu cermin pembalikan. Hasilnya sama dengan apa yang dilihat pada tingkap penenang (Viewfinder) akan sama dengan rakaman di filem.
v Popular di kalangan professional dan amatur. Menggunakan lensa utama sebagai pemidang tilik dan sebagai lensa objektif untuk merakam foto.
v Pandangan yang terdapat pada pemidang tilik akan terakam di atas filem.
v Lensa objektif boleh ditukar ganti dengan lensa-lensa yang berlainan jarak fokus untuk mendapatkan kesan-kesan penggambaran yang berlainan.
v Kamera ini unggul untuk semua jenis fotografi.
v Secara umumnya, mempunyai lensa yang dapat diganti dan menggunakan filem format 35mm.
5. Kamera TLR [ Twins Lens Reflex ]
v Kamera reflek lensa ganda.
v Menggunakan filem format medium.
v Mempunyai 2 lensa serupa yang dipasang di atas satu sama lain.
v TLR ialah kamera 2 lens yang mempunyai peranan masing-masing.
v Lensa di bawah berfungsi untuk membawa cahaya masuk ke filem.
v Lensa di atas berfungsi membawa cahaya keViewfinder.
6. Kamera Viewfinder
v Biasanya menggunakan format medium.
7. Kamera DSLR
v Sangat berguna untuk mengambil gambar bergerak.
v Mempunyai kemampuan menggunakan flash yang kuat untuk waktu gelap dan menggunakan berbagai-bagai lensa seperti lensa makro untuk objek kecil , lensa lebar untuk pemandangan atau foto kelompok orang (group), lensa telephoto untuk mengambil ga,bar objek dari jauh, lensa zoom untuk mengambil objek dari jauh dan dekat.
8. Kamera Super Zoom
v Memiliki jangkauan (zoom) luar biasa panjang, iaitu dari lebar sampai telefoto.
v Super Zoom juga memiliki filter-filter yang biasanya hanya dimiliki oleh kamera DSLR, seperti mengambil gambar digital negatif (RAW) dan continuous shooting dan respon, fokus yang lebih cepat.
v Kamera Super Zoom agak besar dan tidak boleh ganti lensa seperti DSLR.
9. Kamera Advance Compact dengan Manual Setting
v Salah satu kamera yang lebih mahal daripadacompact, tetapi mempunyai kemampuan yang cukup baik untuk menngingat ukuran yang sangat kecil.
v Kemampuan baik:
- Mampu mengambil gambar aksi olahraga
- Mampu mengambil gambar mikro (objek kecil)
- Dapat membuat later belakang yang kabur.
10. Kamera Professional
v Memiliki kemampuan dan kehandalan di atas kamera compact.
v Selalu digunakan oleh jurugambar professional dalam studio untuk mendapatkan kualiti gambarfoto yang maksimum.
11. Kamera Instant [ segera ]
v Boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat iaitu antara satu hingga dua minit sahaja.
v Persembahan filem khas untuk kamera ini disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif dengan cepat.
v Kamera segere daripada jenama Polaroid adalah tidak asing lagi pada kebanyakan orang asing.
12. Kamera Digital
0 comments:
Post a Comment