JENIS-JENIS LENS
Standard Lens
Standard
Lens 50mm. Standard Lens bagi kamera Fullframe adalah 50mm, lensa ini mempunyai
sudut pandangan yang paling hampir dengan mata. Ia amat mudah untuk digunakan
kerana seseorang ‘photographer’ itu boleh mengagak sudut pandangan merujuk
kepada mata. Bagi kamera APSC kesan standard lens ini boleh dicapai apabila
kita menggunakan lens 35mm. Lens 50mm mempunyai aperture paling maksima f/1.2
ke f/1.8. Ini menyebabkan ianya sesuai untuk mengambil gambar sukan dan
keadaan low light.
Lensa
wide angle
Lensa
wide angle mempunyai sudut pandangan yang luas, cantik digunakan untuk
mengambil gambar landskap, dan mampu mengambil gambar pada ruang yang sempit.
Lensa ini senang untuk difokuskan, ia mempunyai kesan ‘depth of field’ yang
luas, di mana ‘photographer’ tidak perlu bersusah payah untuk memfokuskan
objek.Ia juga boleh mengambil gambar pada jarak yang dekat, dan boleh
menampakkan kesan lengkunganLensa wide angle tidak sesuai digunakan untuk
mengambil gambar potrait, kerana ia menampakkan seseorang itu kelihatan lebih
gemuk kerana kesan lengkungan. Mengambil gambar menggunakan lensa ini akan
menyebabkan sesuatu ruang itu kelihatan lebih luas. Jadi gambar akan menjadi
lebih luas apabila diambil menggunakan lens wide angle.Lensa wide angle
mempunyai focal length dari 14mm – 28mm
Telephoto
Telephoto adalah lensa yang mampu membesarkan imej yang berjarak jauh. Kadang
kala ia dikenali dengan ‘Long Lens’ kerana lensa ini selalunya memang panjang.
Lensa ini mempunyai jarak ‘Depth of Field’ yang lebih pendek berbanding dengan
lensa – lensa yang lain. Ia senang menghasilkan bokeh dan subject mudah untuk
diasingkan dari latarbelakangnya.
Lensa Fish Eye
Lensa Fish Eye mempunyai sudut pandangan hampir kepada 180 darjah. Ia mempunyai kelengkungan yang membulat apabila menggunakan lensa ini. Lensa ini sangat mahal dan sesuai digunakan dalam beberapa keadaan sahaja. Selain dari besar dan sukar dibawa, ia juga sukar untuk dijaga. Ia tidak boleh menggunakan filter untuk mengelakkan dari lens tercalar (scratch). Tetapi hasil gambar yang diambil akan kelihatan menarik.
Macro Lenses
Macro
Lens AF microLensa makro adalah lensa yang mampu mengambil gambar pada jarak
yang sangat dekat seperti 5 inci dsbnya. Lensa ini selalunya digunakan untuk
mengambil gambar spesis-spesis serangga yang kecil, bunga, dan lain – lain
gambar ‘still photo’. Harganya juga mahal tetapi menghasilkan gambar kecil
dengan jelas.
Zoom lens
Zoom
lens mempunyai reka bentuk & susun atur gelas yang sangat komplek. Ia
mempunyai kumpulan-kumpulan lensa dan mempunyai tujuan-tujuan yang
tertentu. Salah satu bertujuan untuk mengubah pembesaran imej, memfokuskan dan
membuat pembetulan.
Zoom
Lens boleh mengubah focal length dalam tahap beberapa kali seperti 2x, 3x, 4x dsbnya.
Contoh2 Lensa Zoom adalah:
18-24mm
: Zoom Wide Angle
24-85mm
: Zoom Standard
70-210mm
: Zoom Telephoto
Masalah
dalam zoom lens ini adalah, ia selalunya tidak mempunyai ‘ aperture’ yang
besar, tidak boleh mengekal aperture yang sama pada focal lenght yang berbeza
dan harganya yang agak mahal. Seperti contoh lensa 18-55mm mempunyai
aperture f/3.6-5.6.
Jika
adapun ‘aperture’ yang maksima adalah f/2.8 tetapi harganya terlalu mahal.
‘Aperture’ maksima pada 18mm adalah f/3.5 manakala aperture maksima pada 55mm
adalah f/5.6.
Zoom
Lens banyak membantu ‘journalist’ &’ wedding photographer’, kerana ia
banyak membantu untuk meringankan beg mereka, mereka tidak perlu membawa lensa
yang banyak. Ia memudahkan mereka untuk membuat komposisi tanpa perlu bergerak
belakang dan hadapan. Banyak flexibility yang membantu mereka bila menggunakan
lensa ini.
0 comments:
Post a Comment